Tanah runtuh Batang Kali 2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022

Tanah runtuh Batang Kali 2022

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor (berdekatan Genting Highlands, Hulu Selangor) pada awal pagi 16 Disember 2022, mengalihkan 450,000 m3 (16,000,000 kaki padu) tanah dan menimbus tapak perkhemahan di ladang organik. 92 orang terperangkap di bawah cerun runtuh; kebanyakannya berkhemah di ladang organik yang terjejas. Di antara mereka, 31 orang terkorban,[1] dan 54 orang diselamatkan, dengan 7 orang memerlukan kemasukkan ke hospital.[2]Bencana itu telah menyebabkan penangguhan semua aktiviti rekreasi luar di Batang Kali, dan penutupan sementara semua tempat perkelahan dan perkhemahan di seluruh Selangor. Ia telah disifatkan sebagai tanah runtuh terburuk di Malaysia pada tahun 2022.[3]

Rujukan

WikiPedia: Tanah runtuh Batang Kali 2022 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Tanah... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanah-r... https://www.astroawani.com/video-malaysia/tanah-ru... https://www.bernama.com/bm/am/news_bencana.php?id=... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/general/news_disaster.p... https://www.bernama.com/en/news.php?id=2148341